Posts

Showing posts from August, 2017

Resepi Nona Manis Pandan

Image
Bahan-Bahan: Bahan A – 1/2 Cawan Gula Kastor 1 biji Telur Gred A 1 cawan santan 1 cawan tepung gandum Bahan Bahagian Luar (Warna Hijau) – 1/2 cawan santan pekat 1/2 cawan air pandan 1/4 cawan gula kastor 1/4 cawan tepung jagung secubit garam perisa kelapa pandan emulco pewarna hijau Bahan Inti – 1 cawan santan pekat 1 sb tepung gandum 1/2 st garam Cara Membuat: Bahan A – 1. Pukul telur hingga kembang. Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacaukan. 2. Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau lagi sehingga sebati. Bahagian Luar (Warna Hijau) – 1. Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan. 2. Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul. 3. Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat. Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau). Bahan Inti – 1. Satuka...

Resepi Kuih Puteri Mandi

Image
Bahan-Bahan: 1 paket tepung pulut 1/2 cawan tepung beras 2 1/2 cawan air daun pandan Bahan Inti – 1 biji kelapa parut muda Gula melaka secukupnya Air secukupnya Cara Membuat: 1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan. 2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper (seperti dalam gambar). Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk. 3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak. 4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya. 5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab. 6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati. Hidangkan.

Kuih Talam Berlauk

Image
Bahan-bahan diperlukan: Bahan A 1 cawan tepung beras  2 sudu makan tepung ubi  2 sudu makan tepung gandum  3 cawan santan  ½ sudu teh garam  Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang) Bahan B ½ ketul keladi (Dipotong dadu)  2 sudu makan udang kering Bahan C (Hiasan) 2 biji cili merah (Dicencang)  ½ cawan bawang goreng  1 pokok daun sup dan daun bawang (Diracik) Cara menyediakan dan memasak: Panaskan air di dalam pengukus dan sapukan minyak pada loyang 8 inci.  Rebus keladi sehingga lembut dan tuskan.  Campurkan semua bahan A kecuali minyak dan tapiskan ke dalam mangkuk.  Masukkan bahan B ke dalam mangkuk tadi dan gaulkan rata.  Tuangkan adunan perlahan-lahan ke dalam loyang yang sudah diletakkan dalam kukusan.  Kukuskan adunan selama 30 minit.  Sejukkan selama beberapa jam.  Potong kuih dan taburkan bahan hiasan.  Sedia dihidangkan.

Resepi Telur Dadar Jamur Pedas

Image
Salah satu bahan makanan yang paling mudah ditemukan dan diolah dengan cepat adalah telur. Nah kali ini Vemale akan coba hadirkan resep telur dadar dengan perpaduan jamur dan cabai yang akan membuat acara makanmu makin berselera. Yuk intip di sini resepinya. Bahan - Bahan: 100 gram jamur tiram 2 siung bawang putih 2 butir bawang merah 3 butir telur 5 cabai merah garam dan penyedap rasa secukupnya Cara-Cara Membuat: Cuci jamur sampai bersih dan peras sampai tak ada air. Iris bawang dan cabai Iris jamur sampai lembut. Kocok telur dan masukkan jamur, cabai, bawang, garam, dan penyedap rasa. Kocok lagi sampai rata. Panaskan minyak dan goreng telur sampai matang. Angkat dan sajikan bersama nasi panas. Sangat praktis bukan Ladies? Tak harus jamur, kamu bisa berkreasi dengan kornet atau bahan yang lain sesuai dengan selera. Selamat mencoba.

Resepi Muffin Pisang

Image
Bahan-bahan 4 biji pisang berangan/molek ~ dilecek 1 biji telur ~ dipukul sedikit 1/3 cawan butter ~ dicairkan 1/2 cawan gula (atau lebih ikut suka) Bahan Ayak 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh baking soda 1/2 sudu teh garam Cara-cara Membuat 1 Panaskan oven pada suhu 180C. 2 Satukan pisang, telur, butter, gula dalam bekas. gaulkan sebati. 3 Kemudian, masukkan bahan ayak dan gaulkan lagi sehingga sebati menggunakan spatula. 4 Sediakan papercup dalam tray muffin. 5 Isikan adunan hingga 3 suku penuh. 6 Hiaskan ikut suka. Boleh taburkan coklat rice atau letakkan badam sebagai hiasan.